Yes Academy Realisasikan Impian Pelajar & Sambutan Hari Raya Bersama Blogger

IPV6 – ADASTA NETWORK KUASAI MANDAT PENSIJILAN
March 15, 2018
Inovasi Pembelajaran Abad ke-21 Secara Dinamik di YES Academy
March 15, 2018

Yes Academy Realisasikan Impian Pelajar & Sambutan Hari Raya Bersama Blogger

Sejak tahun 1997 lagi, Yes Academy sudah mula menapak dan menjadi peneraju dalam pembangunan bidang pengajian tinggi di Malaysia. Menekankan inovasi dan transformasi dalam bidang pendidikan, Yes Academysentiasa membawa perubahan dan penambahbaikan kepada generasi muda akan datang. Para pelajar dilengkapkan dengan persediaan ilmu pengetahuan, kemahiran dan pengalaman untuk membantu mereka mengisi jangkaan industri atau sambung pembelajaran ke overseas tanpa mengeluarkan kos yang tinggi.

Kepentingan Ilmu adalah kunci utama untuk mencapai kejayaan di YES Academy

Akur dengan kepentingan ilmu pada masa kini, para pelajar perlu memiliki kemahiran untuk menyerlahkan keistimewaan dan bakat mereka. Di Yes Academy, pelajar boleh mencapai impian mereka melanjutkan pelajaran ke luar negara tanpa perlu memikirkan kos kewangan yang tinggi semasa melanjutkan pelajaran di sana. Ini kerana Yes Academy sedia membantu untuk pelajar mencapai cita-cita dalam bidang kerjaya mereka masing-masing.

Inisiatif dan perubahan yang unik ini bertujuan bagi mengajak lebih ramai generasi muda belajar dan mencipta inovasi dan perubahan diri untuk menghasilkan impak yang sangat baik. Inisiatif ini disokong oleh ibu bapa dan pemimpin negara untuk memainkan peranan penting dalam industri kepada pelajar yang menyertai pembelajaran di sini. Mereka berpeluang meningkatkan pengetahuan dan pengalaman serta kemahiran soft skill semasa berada di negara orang.

Source of Blog

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *