ADASTA NETWORK: Mengenal Lebih Dekat Teknologi IPv6

YES ACADEMY: MEREALISASIKAN IMPIAN ANDA MENJADI KENYATAAN
October 23, 2017
Malaysia’s first carbon credit firm to offset CO2 emissions
January 16, 2018

ADASTA NETWORK: Mengenal Lebih Dekat Teknologi IPv6

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…

Malaysia mempunyai kepakaran teknologi yang sebenarnya kita tidak tahu. Lebih 700 institusi pengajian tinggi dan 1.3 juta pelajar yang kini berdaftar di peringkat pengajian tinggi sebenarnya menggunakan kepakaran teknologi IPv6 yang tanpa disedari dipelopor sendiri oleh Malaysia. Internet telah mengubah cara seseorang individu dan syarikat itu berfungsi dan berkomunikasi. Hampir kesemua individu dalam masyarakat yang maju mempunyai akses atau rangkaian di talian Internet. Dan, hingga kini juga, kediaman mereka pun sudah dilengkapi dengan pelbagai peralatan rumah yang disambung ke Internet. Melalui akses dan rangkaian Internet yang semakin mudah, rakyat Malaysia mampu bersaing dengan dunia luar.

2

Memahami Perkembangan Teknologi IPv6

Pertumbuhan pesat dalam penggunaan Internet serta peningkatan penggunaan peralatan tanpa wayar bukan sahaja membawa kepada pertambahan permintaan untuk teknologi dengan baik dan cepat, malah ia juga membawa kepada pertambahan permintaan alamat maklumat yang dihantar dan diterima.

Internet Protocol (IP) atau Protokol Internet adalah protokol tanpa sambungan wayar yang membolehkan data dihantar dari satu komputer kepada komputer yang lain dalam satu rangkaian tertentu tanpa ada sambungan berterusan di antara kedua-dua alat komunikasi itu.

IPV6 merupakan versi Internet Protocol terkini dan juga dikenali dengan nama IPng (IP generasi seterusnya). IPv6 direkabentuk oleh Pasukan Petugas Kejuruteraan Internet (Internet Engineering Task Force – IETF). IPv6 juga merupakan pengganti kepada IPv4 yang didifinisikan juga sebagai RFC 791. IPv6 ini memiliki ruang alamat yang besar, membawa alamat secara lebih tersusun dan mampu menyediakan routing baru yang tidak ada pada IPv4.

Salah satu ciri utama IPv6 adalah kebolehannya mengembangkan ruang alamat daripada 32 bit kepada 128 bit panjang yang kini wujud pada hari ini. Hal ini juga, IPv6 dapat mengembangkan ruang alamat daripada lebih kurang 4 billion kepada jumlah yang terlalu besar iaitu lebih 340 trillion alamat (340×1036). Jadi, peluang komersial yang IPv6 dapat sediakan kepada semua rakyat Malaysia mendorong kepada perubahan teknologi yang semakin canggih hari ini.

 

Source of Blog

Other Links:
Along Murni
Eddy Rush

Comments are closed.