Teruja Dengan Norah Organic Hair Removal

Cara Cara Nak Sambung Belajar Di Luar Negara
March 15, 2018
Tanggal Bulu dengan Norah Organic Hair Removal
March 15, 2018

Teruja Dengan Norah Organic Hair Removal

Okay guys! Korang rasa part mana yang korang rasa agak sukar untuk bersihkan diri? Semestinya bahagian hair management kan! Pada anggota badan kita, bukan sahaja rambut di kepala yang kita perlu jaga, tetapi ada lagi bahagian rambut yang juga dikenali bulu-bulu di tubuh badan kita perlu dijaga rapi especially kaum wanita. Bulu-bulu ini mungkin lebih dikenali juga bulu roma. Mesti rasa rimas kan bila kelihatan bulu-bulu roma yang banyak dan lebat. Rasa kurang keyakinan pun ada bila berhadapan dengan orang ramai. So, hari ni LeYa nak bagi satu cara untuk korang tampil kemas dengan satu produk tempatan di mana ia mampu membuang segala bulu-bulu di tubuh badan kita ni. Senang kata ia adalah hair removal.

Mungkin di kalangan kita ada yang tak kisah tentang lebihan bulu roma yang tumbuh panjang di lengan, betis dan lain-lain tempat. Namun, bagi LeYa, ia sesuatu yang perlu dikemaskan lebih-lebih lagi bila dah berkahwin ni. Malu bila suami nampak some part of my body ada bulu-bulu roma. Jadinya, LeYa pun mulalah gigih shave bulu-bulu tersebut untuk cantik di hadapan suami. Tapi, bila dah shave selang dua tiga hari lepas tuh nanti dia akan tumbuh semula. Dah tuh. tajam-tajam pulak. Haish! Memang tak best kan! So… LeYa decided to try another product of shaving the hair removal yang ada dijual di pasaran. Tapi bila diperhatikan sangatlah tak best kan sebab produk-produk di luar tu mostly dicampur dengan bahan kimia. Jadi, LeYa pun mengembalikan rutin harian dengan hanya shave sahaja. Nak pergi ke Spa selalu tak berapa banyak pulak wang kan. So, baiklah rajin-rajin kan diri buat di rumah je.
Sesuatu di luar jangkaan LeYa bila terjumpa satu produk organic hair removal yang sungguh mengujakan LeYa untuk mencubanya. So, gigih lah LeYa Google atau buat carian di Facebook. WoW! Memang rata-rata netizen banyak yang suggest kan Norah Organic Hair Removal ni. Jenama Norah Organic Hair Removal ini merupakan produk tempatan Malaysia yang sudah pun 5 tahun beroperasi. Bukan sahaja di pasaran tempatan je, malah Norah Organic Hair Removal ni sudah pun dipasarkan ke negara-negara Asia yang lain termasuk middle east. Bila bercakap tentang Hair Waxing ni, LeYa mulanya sangsi juga sebab ada banyak je produk di luar sana yang claim as organic product juga tapi still ada bahan kimia. So, apa lagi. LeYa pun buat sedikit kajian mengenai produk ni. Memang agak ramai juga yang berpuas hati dengan hasil selepas menggunakannya.
Source of Blog

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *