Sedia berbincang

KELANTAN NEGERI PERTAMA LAKSANAKAN DAGANGAN KARBON KREDIT
January 16, 2018
PAS Sama Sekali Tidak Akan Bekerjasama Dengan Dr. Mahathir
January 16, 2018

Sedia berbincang

Kota Bharu: Kerajaan Kelantan bersedia untuk duduk semeja dengan Kerajaan Persekutuan bagi menyelesaikan masalah banjir yang melanda negeri ini.

Menteri Besarnya, Datuk Ahmad Yakob berkata, kerajaan negeri bersetuju dan akan menghantar wakil untuk berbincang bagaimana untuk mengawal banjir.

Katanya, semua exco kerajaan negeri bersedia dan antara wakil yang akan dihantar termasuk Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dan Pengerusi Jawatankuasa Kesejahteraan Rakyat, Kesihatan, Alam sekitar dan badan bukan kerajaan (NGO), Dr Ramli Mamat.

“Kita bersedia kerana Kerajaan Pusat mahu tolong Kelantan dan peruntukan sebanyak RM800 juta yang diumumkan Kerajaan Pusat untuk projek tebatan banjir di Kelantan itu disambut baik,” katanya.

Ahmad berkata demikian dalam sidang media selepas Menandatangani Perjanjian Projek Perdagangan Karbon Dalam Hutan Simpan Kekal di antara Kelantan yang diwakili beliau dengan Climate Protector Sdn Bhd diwakili Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tang Too Siah, di sini, hari ini.

Beliau berkata, projek perdagangan karbon itu akan dijalankan ke atas 396,000 hektar hutan di seluruh kelantan dalam tempoh 30 tahun.

“Syarikat akan memberi sumbangan sebanyak RM10 juta dalam tempoh dua tahun ini,” katanya.

Source of Blog

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *