Norah Beauty: Kali pertama cuba Norah Organic Hair Removal, terus jatuh hati!

Achieve More with YES Academy
March 5, 2017
YES ACADEMY: MEREALISASIKAN IMPIAN ANDA MENJADI KENYATAAN
October 23, 2017

Norah Beauty: Kali pertama cuba Norah Organic Hair Removal, terus jatuh hati!

Rutin penjagaan diri yang manakah yang dirasakan agak sukar dan leceh sebenarnya? For me, it’s hair management. Segala jenis rambut. Rambut kat kepala, bulu roma, dan semualah. Kenapa rasa leceh? Sebab rambut merupakan salah satu bahagian pada tubuh badan kita yang cepat panjang selain kuku. Lagi pula sebagai seorang wanita, kita semestinya nak sentiasa rasa diri ni rapi, kemas dan bersih. Siapa tak suka diri rasa bersih dan kemas, kan? Hari ni tak nak cakap pasal rambut kat kepala. Yang tu jaga macam biasa, make sure rajin shampoo dan rapikan selalu, pergi buat hair treatment, jaga paras rambut..inshaAllah takde masalah. Lagipun kebanyakan perempuan lagi suka berambut panjang, just like me. Hari ni nak cakap pasal rambut lain iaitu bulu-bulu di tubuh badan kita ni. Senang kata, nak cerita pasal hair removal.

1

Sesetengah orang tak kisah kalau bulu roma tumbuh panjang kat lengan, betis dan seumpamanya. But for some people like me, gigih tau tak nak kasi bulu roma ketara sangat kat kulit. Jenuh la duk shave, lepas tu selang beberapa hari bulu roma tumbuh balik. Pastu kena repeat buat lagi. Dah la bila shave, bulu roma yang tumbuh tu jadi tumbuh dengan tajam. Bila pegang kulit, rasa berduri-duri. Sangatlah tak best! My friends did suggest waxing instead of shaving. Sebab bila waxing, hasilnya lebih memuaskan (walaupun waxing sedikit pedih & sakit. No pain no gain!). Bila waxing, bulu akan tercabut terus hingga ke akar, tak macam shaving. That’s why waxing is more preferable by most of ladies out there. Hair wax removal pun banyak dijual kat farmasi dan pasaraya. Beli, lepas tu waxing sendiri kat rumah, sangat convenient. Kalau nak lagi mudah, pergi spa je biar dorang yang buatkan (i’m too shy to expose my skin to strangers, so i won’t do this, hahah). Kita berspa kat rumah jela. But then, due to my sensitive skin, i tak berani guna all those wax yang dijual kat farmasi/pasaraya because obviously they have chemical ingredients which will make my skin irritated. But i’m so tired of shaving again & again just to make sure takde bulu-bulu yang tak diingini tu. Dah la kalau shave pun most of the time it will make my skin a bit irritated & merah-merah (usually after shaving, i will put on some aloevera soothing gel to ease those irritation). So finally i decided to go for organic hair wax removal. People with sensitive skin like me will always prefer organic products, from head to toe.

2

Bila cakap pasal organic hair wax removal, rata-rata netizen akan suggest Norah Organic Hair Removal. Jenama Norah ni memang well-known and trusted dalam kalangan warga tempatan. Kalau google atau search dekat instagram/facebook pun, kebanyakan hasil carian yang keluar adalah Norah Organic Hair Removal. Local product, dan dah cecah 5 tahun dah. Bukan kat pasaran Malaysia je tau, tapi Norah Organic Hair Removal ni dah dipasarkan juga di negara-negara Asia yang lain, dan sekitar middle east. Jujur pada awalnya agak skeptical sikit terhadap produk ni sebab banyak je jenama lain yang claim as organic product tapi rupanya ada bahan kimia jugak. But then seperti biasa sebelum guna apa-apa produk, i’ll do some research from internet. Ramai yang berpuas hati dengan penggunaan produk ni, dan katanya Norah wax ni tak menyakitkan pun. Interesting! Main ingredient adalah madu, ekstrak lemon, dan tea tree oil. So last week i had a short meet up session with Norah founder to know more about this product. You may call me cerewet or anything, i don’t mind. Kita nak guna sesuatu produk mestilah kena betul-betul yakin dulu, kan? Tak boleh simply guna je, risikokan diri kita untuk macam-macam kemungkinan.

3

Dah jumpa founder Norah Organic Hair Removal secara berdepan, memang tak lepas peluang bertanya macam-macam tentang produk ni (btw she’s so pretty!). Siap mintak dia buat demo guna wax ni lagi. I’m totally impressed bila dia buat demo dekat lengan one of my friend. Masa dia tarik wax tu guna cotton strip, zassss tercabut habis semua bulu-bulu kat bahagian tu. And my friend doesn’t look like she’s in pain at all. Bila tanya, katanya tak sakit langsung. Balik rumah, masih berkira-kira nak pakai ke tak. Then another friend of mine, Alja text cakap dia terus cuba sebaik saja sampai rumah. Check out below conversation, betapa excited dia.

4

5

Nak try malam tu terus, tapi sebab da lewat malam dan keesokannya kerja, so postponed. Few days later ada masa terluang sikit baru cuba sendiri guna Norah Cold Wax. Yes, tak sakit. Alah ada la rasa pedih sikit sebab kita tarik laju kan. Tapi budak-budak pun boleh handle la setakat rasa macam kena gigit semut je. Pastu dah sama excited macam si Alja, sebab rasa macam eh mudahnya dan tak sakit. Rasa licin je kulit tanpa ada rasa berduri. But then just like what Alja said in our whatsapp conversation, ada rasa melekit-melekit kat kulit sebab tak reti sangat guna. So end up lepas waxing kena mandi lagi sekali walaupun before waxing dah mandi. Kenapa mandi before waxing? Haa ni tips yang founder Norah bagitahu. Lagi effective kalau guna lepas mandi. Logik akal memang macam tu la, sebab liang pori agak terbuka bila lepas mandi. So far there’s no irritation for my sensitive skin lepas guna Norah Organic Hair Removal ni. Tapi tak pasti jugak sebab baru cuba dekat betis je hari tu. Haven’t try for underarm and that sensitive part yet.

Source of Blog

Other Links:
Illya Leya
Faizol Hafizi
Along Murni

Comments are closed.