NORAH WAX : MERUNGKAI PERMASALAHAN BULU

Tanggal Bulu dengan Norah Organic Hair Removal
March 15, 2018
Muhibbah Makan Place Plaza Alam Sentral Shah Alam
March 15, 2018

NORAH WAX : MERUNGKAI PERMASALAHAN BULU

Permasalahan bulu seringkali menghantui wanita sehinggakan mengundang rasa rendah diri di kalangan wanita. Umumnya cara yang lain untuk menghilangkan bulu rambut pada bahagian tubuh yang tidak diinginkan adalah dengan menggunakan alat cukur. Dalam waktu 2 atau 3 hari saja bulu sudah kembali lebat dan kita perlu kembali mengulangi lagi bercukur. Kali ini, Along Murni berasa teruja kerana dapat duduk semeja bersama dengan pengasas ‘Norah Organic Hair Removal’ iaitu Puan Noorain Binti Mohd Said dan pasangan Nor Hisham Sofian atau lebih dikenali dengan Mr Ben. Kedua-dua pasangan ini turut sama terlibat dalam membangunkan Noorain Beauty Sdn Bhd dengan penuh karisma dan dedikasi.

Noorain Beauty Sdn Berhad adalah syarikat penghasilan penjagaan peribadi organik yang diasaskan oleh Puan Noorain Binti Mohd Said pada bulan November 2013.  Syarikat itu ditubuhkan pada tahun 2014 dengan jenama “Norah Organic Hair Removal”. Pada tahun 2014, buat kali pertama, kaedah penyingkiran rambut secara organik telah diperkenalkan di Malaysia. Semua produk yang dihasilkan oleh Noorain Beauty Sdn Bhd telah diluluskan penyelidikan dan dibina oleh peralatan teknologi moden. Kilang Noorain Beauty Sdn Bhd yang beroperasi di Bandar Baru Bangi, Selangor.

Topik perbincangan kami lebih banyak berkisar tentang permasalahan wanita masa kini berkaitan BULU dan cara mengatasinya. Puan Noorain menerangkan tentang kaedah WAXING yang hangat diperkatakan di kalangan wanita. Semestinya topik ini menarik perhatian AM kerana AM menggunakan teknik bercukur setiap kali bagi menghilangkan BULU di kawasan-kawasan tertentu terutamanya di bahagian ketiak dan juga bahagian sulit.

Source of Blog

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *