Muhibbah Makan Place: Menjamu Selera Di Muhibbah Makan Place, Shah Alam

PAS Sama Sekali Tidak Akan Bekerjasama Dengan Dr. Mahathir
January 16, 2018
Adasta One Stop IPv6 Training Centre
March 15, 2018

Muhibbah Makan Place: Menjamu Selera Di Muhibbah Makan Place, Shah Alam

Salam Pembaca Budiman, Entry Seri Wangi kali ini kita cerita pasal makan-makan. Sapa yang tak suka makan kan? Seri Wangi mendapat jemputan untuk Majlis Perasmian Medan Selera Makan Place, Food Court yang baru dibuka di Plaza Alam Sentral, Shah Alam. Food Court tersebut terletak di Tingkat 5, suasananya sangat nyaman, luas dan cantik. Food Court tersebut dikendalikan oleh Chef terkenal dan berpengalaman iaitu Chef Wan dan Chef Bala yang telah menceburi dalam bidang pemakanan serta katering, Berpengetahuan selama 25 tahun dalam perniagaan tesebut untuk majlis korporat, majlis perkahwinan dan food court serta mempunyao seramai 3000 orang pekerja dan mempunyai centre kitchen di Ampang, Multiple Corporate Kitchen dan Commercial Office di Puchong.

Majlis tersebut dihiburkan oleh Siti Aishah dan Maulana dari Akademik Fantasia serta Chef jemputan Masterchef Fame, Abang Joe. Pada majlis tersebut Muhibbah Makan Place telah memberi makanan dan minuman percuma kepada pelanggan yang datang dan makan di Plaza Alam Sentral sempena perasmian medan selera mereka. Sememangnya Seri Wangilah yang paling gembira kerana dapat goodies dan hamper yangmana banyak aktiviti-aktiviti yang happening semasa majlis tersebut. Siti Aishah yang comel, cantik dan bersuara merdu sangat peramah dan mesra melayan peminat-peminatnya yang hadir dan begitu juga Maulana yang bergandingan dengan Siti Aishah menghiburkan peminat di Majlis tersebut.

Source of Blog

Other Links:
JJCM
Isaac Tan
IUZIRA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *