Inovasi Pembelajaran Abad ke-21 Secara Dinamik di YES Academy

Yes Academy Realisasikan Impian Pelajar & Sambutan Hari Raya Bersama Blogger
March 15, 2018
Cara Cara Nak Sambung Belajar Di Luar Negara
March 15, 2018

Inovasi Pembelajaran Abad ke-21 Secara Dinamik di YES Academy

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…
Inovasi sentiasa menjadi perhatian dan kepentingan utama kepada semua dalam era globalisasi dan berteknologi kini. Perubahan teknologi bukan sahaja sekadar meliputi pembangunan teknikal malah persediaan modal insan dalam mendepani cabaran kemajuan dunia.

Inovasi Pengajaran dan Pembelajaran Abad Ke-21 Dari YES Academy

Malam 15 Julai 2017, LeYa telah menghadiri satu sesi penerangan mengenai YES Academy di Megan Avenue II, Jalan Yap Kwan Seng bersempena Sambutan Majlis Hari Raya YES Academy bersama Blogger. YES Academy adalah sebuah universiti yang sudah pun mula menapak pada tahun 1997 dan telah menjadi peneraju dalam pembangunan bidang pengajian tinggi di Malaysia. Menekankan konsep inovasi dan transformasi dalam pendidikan, YES Academy sentiasa bersaing untuk memberi perubahan dan penambahbaikan kepada generasi muda pada masa akan datang. Setiap pelajar dilengkapkan dengan ilmu pengetahuan, kemahiran dan pengalaman bagi membantu mereka mengisi jangkaan industri luar dan memberi peluang kepada pelajar untuk menyambung pelajaran ke luar negara dalam waktu yang singkat dan kos yang rendah menerusi program di YES Academy.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *